KARNIVAL PUSPANITA DAN ADAT PERPATIH 2023

Buat pertama kalinya PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan menganjurkan Karnival PUSPANITA Dan Adat Perpatih 2023 dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan pada 30 November 2023 bertempat di perkarangan Muzium Negeri, Seremban.

Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya Demonstrasi Penganan Cair, Demonstrasi Ikatan Panta Berkucung, Pertandingan Busana Tradisional Negeri Sembilan, Pertandingan Masakan Tradisional, Pemeriksaan Kesihatan, gerai-gerai jualan usahawan dan Bual Bicara Adat Perpatih yang disampaikan oleh YBhg Drs Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Karnival ini dianjurkan bersempena dengan sambutan 40 tahun PUSPANITA : Melakar Sejarah, Memperkasa Wanita.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Hajah Wan Hasni binti Wan Yusuf isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan juga merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama YBhg Datin Suriani binti Yahya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan, YBrs Puan Hajah Jamilah @ Chumila binti Haji Katis, Pengarah PPANS merangkap Biro Penerbitan PUSPANITA serta ketua-ketua jabatan Negeri Sembilan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …