OPS PATUH BERSEPADU JPJ-JSPT

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Patuh Bersepadu JPJ-JSPT yang melibatkan kolaborasi bersama JSPT PDRM, JIM, AADK, JAS dan PLUS pada 30 November 2023. Operasi ini juga disertai oleh YBhg. Datuk Lokman Jamaan, Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Malaysia bersama Pegawai Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ / JPJ Negeri Sembilan dan agensi dengan kekuatan keseluruhan seramai 60 pegawai dan anggota. Operasi ini bermula dari jam 8.00 malam sehingga 11.30 malam.

Pada sidang media, YBhg. Datuk Lokman bin Jamaan, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia memberitahu bahawa, berdasarkan pemerhatian hasil pemeriksaan dalam tempoh 29 hari Ops Patuh Bersepadu 2023 ini, JPJ mendapati tahap pematuhan kepada peraturan-peraturan di bawah Akta 333, 334, 715, 594 dan Kaedah Kaedah, terutamanya kenderaan komersial, adalah berada pada tahap yang masih rendah (25% jumlah kesalahan dikesan berdasarkan kenderaan diperiksa). JPJ turut mengambil tindakan tegas kepada Pemandu Warga Asing (PeWA), di mana sebanyak 5,811 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Turut hadir, Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Dr. Azmi bin Awang, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Kanan(Dasar) JPJ Malaysia,Tuan Mohd Azmi bin Jaafar ,Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Kanan(Operasi) dan Tuan Norazlan Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JPJ Malaysia serta Tuan Hasnor bin Kutik, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduanJPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: FB JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …