IKK PENTING UNTUK KENALPASTI KEKUATAN DAN KELEMAHAN ASPEK KESELAMATAN

Satu sesi kutipan data Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) oleh Dr. Mohamed Samsudeen Sajahan, Pegawai Penyelidik UiTM Merbok melalui Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion – FGD) telah diadakan di Pejabat Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah, hari ini.

FGD ini akan memberi tumpuan kepada isu miskin tegar di negeri Kedah dan antara Jabatan/Agensi yang terlibat dalam sesi ini adalah Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) Kedah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zakat Kedah dan Pejabat Muafakat Komuniti Sg. Petani.

Untuk makluman, IKK adalah satu ukuran yang bertujuan untuk menilai tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia dan projek ini sedang dibangunkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM). Indeks ini akan menjadi penanda aras kepada keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh di negara ini.

Selain itu, IKK ini juga akan menjadi petunjuk dan penanda aras kepada negara luar untuk membuat keputusan bagi melabur atau mengadakan sebarang program di negara ini. IKK ini akan bersandarkan kepada Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 yang menekankan bahawa keselamatan itu adalah satu pengurusan bersifat menyeluruh merangkumi semua aspek dalam kehidupan.

Wakil dari Pejabat Muafakat Sungai Petani memberi input berkenaan keselamatan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …