PROGRAM SEMARAK DEEPAVALI 2023 MALAYSIA MADANI BERSAMA KOMUNITI INDIA PARIT 4 SEKINCHAN, SELANGOR

Buat julung kalinya Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah menganjurkan Program Semarak Deepavali ๐Ÿช” 2023 Malaysia MADANI Bersama Komuniti India Parit 4 Sekinchan pada 5 November 2023 – Ahad – 8.00 pagi bertempat di Padang SJKT Ghandiji Parit 4 Sekinchan, Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor.

Program bermula dengan aktiviti senam tari Zumba, sukan rakyat melibatkan kategori kanak-kanak dan dewasa, membuat ‘kolam’ Deepavali serta ceramah Malaysia MADANI dan penyampaian bakul makanan kepada penerima terpilih.

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Nadarajan a/l Karuppiah, Pengerusi Koperasi Serbaguna India Sungai Burong merangkap Wakil Komuniti bagi pelaksanaan Program Semarak Deepavali 2023 Malaysia MADANI bersama Komuniti India Parit 4 Sekinchan dan semua AJK yang terlibat kerana sudi berkerjasama bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor untuk menganjurkan program pada hari ini. Semoga perpaduan dalam kalangan rakyat semakin kukuh dan keselamatan negara terpelihara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#MalaysiaMADANI

#kesejahteraankomuniti

#DemiPertiwi

#MKNSelangor

#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

ย Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna โ€” simbol cinta & bangga pada tanah air tercintaย  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut