RANTAU PANJANG 06 Nov : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 150 liter minyak petrol dan sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disita ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki penyelewengan barang kawalan dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.