BNM KELUAR NOTIS SERANGAN SIBER TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN

SHAH ALAM – 27 Oktober 2023

Bank Negara Malaysia (BNM) melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) mengeluarkan amaran kemungkinan serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara.

BNM dalam satu kenyataan berkata, notis dikeluarkan membolehkan organisasi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Menurutnya, ia bagi melindungi sistem dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan perkhidmatan.

“BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber.

FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman.

BNM mengulas mengenai notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi media sosial berhubung perkara tersebut.

Dalam notis yang tular itu, terdapat 10 kumpulan penggodam pro-Israel yang dikesan berkemungkinan melakukan serangan balas dendam susulan tindakan penggodam Malaysia, DragonForce melancarkan Operasi Badai Al-Aqsa baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan ialah Team UCC Operations or Unknown Cyber Cult, Kerala Cyber Xtractor, SilentOne, Indian Cyber Force dan Garuna Ops.

Selain itu, Israel Cyber Defence, Termux Israel, Anonymiss, Gaza Parking Lot Crew dan Silencer of Evil.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …