FENOMENA AIR PASANG BESAR DI PELABUHAN KLANG, PENDUDUK DIMINTA BERWASPADA

SHAH ALAM, 25 OKT: Orang awam khususnya penduduk Pelabuhan Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal bermula 27 Oktober 2023 sehingga 1 November 2023.

Pejabat Daerah dan Tanah Klang memaklumkan bacaan paras air laut di daerah itu dijangka meningkat setinggi 5.6 meter pada 28 (Sabtu) dan 29 Oktober (Ahad) yang mungkin membawa risiko banjir.

Berdasarkan info grafik yang dikongsi menerusi Facebook, bacaan paras air laut dijangkakan setinggi 5.3 meter bermula jam 4.38 pagi 27 Oktober (Jumaat).

Pada 30 Oktober (Isnin), bacaan paras air laut adalah 5.5 meter jam 6.36 pagi. Manakala pada 31 Oktober (Selasa), paras air laut dijangka setinggi 5.4 meter jam 7.08 pagi dan 1 November (Rabu) setinggi 5.1 meter pada 7.38 pagi.

“Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di stesen Pelabuhan Klang pada 30 Oktober sehingga 1 November ini.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa,” katanya.

Orang awam juga dinasihat sentiasa mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …