OPERASI BERSEPADU KPDN GUA MUSANG BERSAMA PENGUAT KUASA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

 

GUA MUSANG 17 Okt : Sepasukan Penguat Kuasa KPDN Cawangan Gua Musang telah mengadakan operasi bersepadu bersama Penguat Kuasa Majlis Daerah Gua Musang di Sekitar Jerek Dan Meranto, Gua Musang, Kelantan disini hari ini.
Operasi dijalankan melibatkan pemeriksaan tanda harga, alat timbang sukat dan barang kawalan berjadual serta Akta yang dikuatkuasakan KPDN.
KPDN Cawangan Gua Musang sentiasa bekerjasama dengan semua agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan anggota Penguat kuasa di kawasan tumpuan awam.
Pemeriksaan telah dijalankan sebanyak 15 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis telah dikeluarkan serta satu kes dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 dihasilkan.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …