LARI TINGGALKAN MINYAK PETROL DALAM CUBAAN SELEWENG

 

TUMPAT 17 Okt : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan pada semalam telah menjalankan Ops Tiris sekitar Tumpat, Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan pada jam 7.20 malam semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Proton Saga Aeroback berpendaftaran tempatan disyaki membawa bersama minyak diesel didalam tangki kenderaan ubahsuai.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan yang menemui anggaran barang kawalan minyak petrol 60 liter didalam tangki kenderaan yang telah diubahsuai tempat duduk penumpang belakang dan tangki tambahan.
Nilai rampasan anggaran sebanyak RM 123.00 manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 5,000.00 kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini dari masa ke semasa.
Tindakan tegas diambil bagi membendung kegiatan aktiviti tidak bermoral ini supaya pengguna dapat menikmati sepenuhnya subsidi kerajaan, seterusnya saspek akan dikenakan denda yang tinggi serta dipertuduhkan di mahkamah selanjutnya.
Pengguna boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan penyelewengan barang kawalan serta di bawah bidang kuasa KPDN melalui saluran yang disediakan oleh pihak kementerian.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …