MKN Selangor adakan simulasi kecemasan, persiap pasukan keselamatan

KLANG, 11 OKT: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor mengadakan Latih Amal OPS ISPS Ex-Ganjar sebagai persediaan menghadapi sebarang isu keselamatan.

EXCO pengurusan bencana berkata simulasi dua hari melibatkan kerjasama Lembaga Pelabuhan Klang, Northport dan Westports bertujuan melatih anggota keselamatan terutama polis dan tentera berdepan situasi kecemasan.

Latihan sebagai menguji kesiapsiagaan pasukan keselamatan serta agensi lain. Kita nak pastikan semua pihak bersiap sedia dengan sebarang ancaman.

“Selangor perlu persediaan kerana kita kawasan startegik ekonomi dan merupakan pintu masuk negara menerusi pelabuhan dan lapangan terbang,” kata Najwan Halimi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program berkenaan di Dermaga 8, Northport di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata beliau berpuas hati dengan latihan simulasi melibatkan situasi serangan pengganas yang mempunyai tahanan.

Bagaimanapun beliau menegaskan keperluan teknologi seperti dron dan senjata perlu mengikut perkembangan semasa supaya operasi menyelamat lebih lancar serta terjamin.

“Secara dasarnya bagus.Dari segi sumber manusia, kemahiran kita sudah ada. Koordinator pun ada cuma peralatan kena tambah baik sebab teknologi sentiasa berubah,” katanya.

Sumber : Selangorkini

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …