PROGRAM MERAKYATKAN COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT BERSAMA KOMUNITI FELDA RAJA ALIAS 2, JEMPOL

Program merakyatkan Community Based Security Management Bersama Komuniti Felda Raja Alias 2, Jempol telah diadakan pada 7 Oktober 2023 bertempat di sekitar Felda Raja Alias 2, Bandar Sri Jempol anjuran Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan.

Program ini dilaksanakan bagi menerapkan pembentukan minda keselamatan dan meningkatkan lagi jaringan sosial dan keselamatan antara komuniti setempat dengan MKN NS yang seterusnya boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat keselamatan yang berguna.

Melalui program ini juga telah mewujudkan hubungan serta jaringan sosial dan keselamatan yang baik antara MKN NS dengan komuniti Felda Raja Alias 2, selain meningkatkan kesedaran berkaitan hal-hal keselamatan negara khususnya di bawah empat teras utama Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu; Teras 2 (Kestabilan Sosio-Politik), 3 (Kesepaduan Nasional), 7 (Pembangunan Mampan), dan 8 (Keselamatan Rakyat).

Kerjasama menerusi program ini juga dilihat dapat membina imej penjawat awam yang dinamik dan prihatin; mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan agensi untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela selain merapatkan hubungan silaturrahim antara agensi dan komuniti setempat.

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah seperti sukan rakyat dan gotong-royong membersihkan masjid diikuti dengan sesi sembang santai  tentang peranan dan fungsi MKN, Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 serta konsep CBSM dan diakhiri dengan membuka ruang kepada komuniti untuk mengemukakan soalan, pandangan dan pendapat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …