‘ALI BABA’ LESEN PERNIAGAAN KEPADA WARGA ASING, N. SEMBILAN AMBIL TINDAKAN

Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti kaedah dan tindakan yang boleh diambil dalam isu lambakan peniaga asing serta lesen peniaga tempatan di ‘ali baba’ kan khususnya yang berlaku di daerah ini dan Nilai.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, masalah yang berlaku tersebut perlu diberikan perhatian serius khususnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana ia tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.

Dalam laporan yang diterima, perniagaan yang dijalankan mempunyai lesen yang sah namun yang menjalankan pula ialah orang asing yang menyewa lesen-lesen tersebut.

“Ada yang ‘ali baba kan’ lesen mereka, itu yang berlaku, sepatutnya pemilik perniagaan tempatan perlu berada situ, di premis perniagaan mereka, tetapi  hanya lesen atas nama mereka dan hanya mengaku ianya milik mereka apabila sesuatu berlaku.

Aminuddin juga meminta PBT yang terbabit supaya melihat semula kelulusan lesen yang dikeluarkan kepada para peniaga.

“Peniaga-peniaga ini kadang kala ada tiga lesen yang diberikan kebenaran, sekarang kami mahu PBT untuk lihat semula kelulusan yang diberikan supaya kita dapat kawal peniaga-peniaga asing yang berniaga.

“Sebagai contoh juga, mereka ada lesen (berniaga barangan) telekomunikasi tetapi ada pula jual runcit, jual pakaian dalam satu premis, kita mahu tengok siapa sebenarnya disebalik mereka yang menyewakan (lesen),” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut mempersoalkan terdapatnya persatuan-persatuan peniaga yang berdaftar yang ahlinya terdiri daripada warga asing dari sesebuah negara.

“Dalam hal ini, kami juga dimaklumkan ada persatuan-persatuan peniaga yang (nama) menyebut negara yang mereka berasal, kita tidak mengiktiraf tetapi ia mendapat kelulusan daripada ROS, ini perlu diberikan perhatian,” katanya.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …