PORTAL KHAS BANTU PESAKIT MENTAL, BUAT JANJI TEMU DENGAN PAKAR PSIKIATRI

Masyarakat perlu mengikis stigma lapuk membuat saringan bagi mengetahui tahap kesihatan mental sebagai suatu yang tidak penting dan malu. Gangguan kesihatan mental boleh berlaku kepada individu yang gagal mengawal emosi, tidak berfikir secara rasional dan bertindak di luar kawalan.

Justeru, membuat saringan atau pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan mental amat penting kerana hampir tiga kali ganda kes kesihatan mental membabitkan usia 16 tahun ke atas.

Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) Kementerian Kesihatan (KMM), kini memberi peluang orang ramai membuat janji temu dengan pakar psikiatri bagi mengetahui tahap kesihatan mental masing-masing.

Menurut Ketua Perkhidmatan Psikiatri Kebangsaan, Dr Nor Hayati Ali, Mentari mewujudkan portal khas iaitu www.mentari.moh.gov.my untuk membantu mereka mendapatkan janji temu dan khidmat nasihat doktor berkaitan.

Sesiapa yang mempunyai simptom penyakit mental boleh dirujuk ke pusat Mentari terdekat supaya rawatan awal dilakukan segera. Jangan tunggu hingga sampai ke tahap ‘burnout’ kerana ada banyak kaedah dan rawatan untuk kesihatan mental,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Sistem IT Mentari (MITS) 2.0 dan Garis Panduan Program Sokongan Pekerjaan di sini, baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, Datuk Dr Asmayani Khalib. Portal Mentari menerima kunjungan seramai 7,131 orang pada Jun lalu, Julai (9,870 orang) dan Ogos seramai 9,336 orang. Sebanyak 383 orang mahu membuat janji temu pada Jun, 440 (Julai) dan 549 (Ogos).

Daripada keseluruhan 43,754 orang yang melakukan ujian kendiri melalui portal itu sejak Februari 2023, seramai 3,060 orang atau tujuh peratus memohon janji temu dengan doktor pakar psikiatri. Orang ramai dapat memanfaatkan portal itu untuk merawat gejala penyakit mental di peringkat awal.

Rawatan sangat penting dan Mentari mahu merawat pesakit mencapai tahap serius dan yang baharu dikesan mempunyai simptom itu.

Pesakit mental perlu sokongan keluarga

Kelebihan menggunakan portal Mentari itu ialah mampu memendekkan proses janji temu dengan pakar psikiatri berbanding sistem yang biasa ketika ini.

Perkhidmatan psikiatri kini ada di 66 hospital dan 33 pusat Mentari serta sebuah Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri di Hulu Terengganu yang memulakan operasi pada November 2022, mereka yang ada simptom itu boleh dirawat cepat.

Menghidap penyakit mental tidak semestinya menjanjikan masa depan gelap dan hidup berakhir kerana masih berpeluang untuk pesakit jalani kehidupan normal.

Sokongan keluarga, rawatan lebih teratur dan latihan kemahiran mampu memberikan sinar kepada pesakit untuk hidup berdikari, malah bekerja bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Manfaatkan Mentari sebaik mungkin untuk kepentingan diri dan keluarga.

Mengenai program sokongan pekerjaan (SE), katanya, sehingga Jun lalu, seramai 1,316 pesakit mental menerima intervensi SE dengan 848 orang yang bekerja. Program itu khusus untuk pesakit mental yang stabil dan mempunyai keinginan untuk bekerja.

Setiap perawatan memerlukan latihan tertentu, namun pesakit mental bekerja mempunyai kawalan penyakit lebih baik dan kadar kemasukan ke wad lebih rendah. Program SE berjaya tingkatkan kualiti hidup pesakit mental dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi keluarga dan negara.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut