BOT BERHIAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN KDYMM SULTAN TERENGGANU

Perarakan bot-bot hiasan dalam acara Pertandingan Bot Berhias telah diadakan sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Acara ini dilaksanakan di sepanjang sungai bermula dari arah Pulau Kambing, seterusnya melalui Pulau Warisan, Duyong Marina, Jeti Penambang Seberang Takir seterusnya ke Jeti Shah Bandar dan Payang Walk. pada malam 29 Sept 2023 (Jumaat).

Acara berprestij ini telah disertai sebanyak 16 buah bot telah melalui dua kategori yang dipertandingkan iaitu Pejabat Daerah dan GLC. Lapan daerah, Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu, Besut, Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Nerus dan Marang telah menyertai acara berkenaan. Bagi kategori GLC pula selain PMINT turut disertai oleh Kumpulan PMINT, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd (TI), Syarikat Air Terengganu (SATU), TDM Berhad, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Hulu Terengganu dinobatkan sebagai johan Pertandingan Bot Berhias Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi kategori pejabat daerah. Manakala bagi kategori Badan Berkanun (GLC) pula dimenangi oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Kedua-dua johan pertandingan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 beserta piala.

@mknterengganurasmi

PERARAKAN BOT BERHIAS TERENGGANU #sultanterengganu #mknterengganu #botberhiasterengganu #amazingterengganu #sultanmizanzainalabidin #terengganudrawbridge #terengganufc

♬ original sound – MKN_Terengganu – MKN_Terengganu

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …