LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE MKN PERAK

IPOH, 29 September 2023 – Satu sesi Lawatan Kerja oleh Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), YDH CP Dato’ Haji Baharuddin bin Haji Ahmad telah dijalankan bertempat di Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak.

Ketibaan YDH CP Dato’ telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Khairul Ridzuan bin Haji Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri Perak dan lawatan diteruskan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat MKN Perak. YDH CP Dato’ juga telah menyampaikan amanat serta berkongsi pengalaman beliau selain menerangkan hala tuju dan masa depan MKN.

Sesi lawatan ditamatkan dengan acara bergambar bersama warga kerja MKN Perak.
Diharapkan sesi lawatan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan antara warga kerja di negeri dengan Pengurusan Tertinggi MKN.

KLIK SINI

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …