LARIAN KESELAMATAN NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Larian Keselamatan Negara (National Security Run) 2023 yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganuย  telah melabuhkan tirai dengan jayanya dengan kerjasama padu yang diberikan oleh Kemaman Runners serta rakan kolaborasi dari Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, PETRONAS, TNB dan JAPEN sempena Bulan Keselamatan Negara yang disambut pada setiap Julai serta simbolik kepada sambutan Hari Malaysia tanggal 16 Sept setiap tahun.
Penyertaan hampir seramai 1000 orang peserta telah memeriahkan suasana pagi hari di Padang Astaka Kemaman menunjukkan sokongan dan semangat masyarakat yang cintai negara. Pelepasan (flag off) peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ahmad Azrul Nizam bin M Zainal (Petronas East Coast). Disamping itu juga, turut diadakan pelbagai pameran dari agensi-agensi keselamatan seperti PDRM, ATM, APMM, BOMBA, TLDM, AADK dan JPJ. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan Kesihatan oleh PKD Kemaman, pameran PERHILITAN, Pejabat Perhutanan dan PETRONAS. Gerai jualan orang awam turut dibuka sepanjang program ini berlangsung.
Pihak MKN Terengganu ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi kami terutamanya Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, PETRONAS Pantai Timur, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Terengganu, dan Kemaman Runners di atas kesudian memberikan sumbangan dalam menjayakan Program Larian Keselamatan Negara 2023. Ucapan penghargaan dan terima kasih turut dipanjangkan kepada penaja sokongan kami iaitu The Boom Beverage Sdn. Bhd., Voltra Sdn. Bhd., COROS Malaysia, FuddRehab, Banafasha Cafรฉ, Gelegok Cafรฉ dan The Bolock Coffee.
Bagi liputan menyeluruh sepanjang program ini, KLIK pautan dibawah:

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SIMULASI KEBAKARAN PERUMAHAN ATAS AIR DAN PENTAULIAHAN BOMBA KOMUNITI TANJUNG BATU SECARA KOLABORASI DI ANTARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SABAH BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH

TAWAU (16 Mei 2024): Selaras dengan objektif meningkatkan kesedaran dalam menjaga keselamatan komuniti, MKN Sabah bersama JBPM Sabah dengan sokongan …
Maklumat Lanjut