‘TANAM, JUAL 25 JENIS SAYUR RM1 SEIKAT’

Sebuah keluarga yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran di Kampung Bukit Kerdas di sini menjual sayur berkenaan dengan harga RM1, seikat atau 250 hingga 300 gram.Lebih menarik terdapat 25 jenis sayuran antaranya bayam merah, bendi, kangkung, dan kacang panjang termasuk tanaman utamanya maman ditanam di tanah seluas lapan hektar yang dipajak sejak 10 tahun lalu.

Menurut Pengusahanya, Alif Dzulfarhan Mohamad Shaharudin, 33, dia mengusahakan tanaman itu bersama dua lagi adiknya, Afiq Dzulalfian, 31 dan Azriq Dzulfiqri, 23 dibantu bapanya Mohamad Shaharudin Nordin, 60. Jualan sayur RM1 seikat ini sebenarnya sudah lama kami laksanakan iaitu sekitar enam tahun lalu semasa berniaga di pasar tani.

Bagaimanapun, harga berkenaan hanya bertahan dalam tempoh satu tahun lebih sahaja berikutan harga itu didakwa merugikan peniaga lain di situ kerana kebanyakan peniaga pun mengambil bekalan sayur daripadanya.

Disebabkan keadaan tersebut mereka mengambil keputusan melakukan jualan terus dari ladang sebelum memulakan semula strategi sama dengan menyertai Jualan Negeri Sembilan Prihatin atau Jualan Rahmah Negeri Sembilan sekitar tiga bulan lepas.

Dalam pada itu, bapanya Mohamad Shaharudin bersyukur apabila ia mendapat sambutan berbanding pada peringkat awal perniagaan. Ramai pemborong datang termasuklah dari Klang,Selangor untuk mendapatkan sayur-sayuran tetapi terpaksa menolakkan berikutan bekalan tidak mencukupi.

Pihaknya menggunakan konsep ‘one stop center’ supaya pembeli, pemborong mahupun usahawan tani dapat sayur di satu tempat atau ladang yang ada pelbagai jenis. Selaras dengan itu, pihaknya menawarkan beberapa pakej kepada pemborong ataupun penjual supaya lebih mudah iaitu pakej junior lima kilogram sayur, pekej senior (10 kilogram sayur) dan pakej otai (20 kilogram sayur) dengan modal antara RM95 hingga RM360.Mereka boleh memperolehi keuntungan sehingga RM600 sekali gus membantu menjana pendapatan,aliran wang tunai tidak putus selain menjimatkan wang pembeli.

Dengan strategi berkenaan, jadual penanaman sayurnya juga lebih teratur, konsisten malah pemborong dan pembeli akan dapat sayur segar setiap hari. Ketika ini pula kami akan mengadakan jualan subuh di masjid-masjid sekitar Jempol dan Seremban, lebih mudah untuk penduduk mendapatkan bekalan sayur-sayuran.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut