EMPAT SEKELUARGA CEMAS HARIMAU KUMBANG MUNCUL DEPAN RUMAH

Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila seekor harimau kumbang muncul di hadapan kediamannya di Kampung Ulu Beting dekat sini Selasa lalu.Kejadian kira-kira jam 11 malam itu berlaku semasa Rusmazaiti Kamarulzaman, 31, bersama suami, Abdul Mizan Mohd Haris, 42, terdengar bunyi anak anjingnya mengerang kesakitan sebelum melihat ke luar rumah.

Rusmazaiti berkata, dia terkejut apabila melihat seekor harimau berwarna hitam sedang menarik seekor anak anjingnya dengan jarak lebih kurang lima meter daripada pintu rumahnya. Seekor lagi anak anjing kami dilihat berada di tepi rumah dengan kesan gigitan pada lehernya.

Harimau kumbang berkenaan tidak lari  apabila di baling mercun sebaliknya terus menggonggong anak anjing kami menghala ke arah kebun dan hutan berhampiran.
Menurutnya, dia segera menghubungi talian 999 sebelum Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia dan polis tiba di rumahnya pada awal pagi.

Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan juga telah memasang perangkap dan kakitangannya hadir membuat pantauan di sini secara berkala. Rusmazaiti  mempunyai empat ekor anjing bagi menjaga kebunnya, bagaimanapun seekor anjing dewasa didapati hilang tanpa jejak sejak sebulan lalu manakala seekor lagi hilang empat hari sebelum kejadian terbaharu itu.

Harimau berkenaan juga pernah muncul berhampiran rumah lebih kurang jam 8 malam bulan lalu, tetapi selepas dibaling mercun ia lari, namun berbeza pula kali ini. Justeru, dia berharap harimau kumbang itu segera ditangkap berikutan bimbang akan keselamatan keluarganya terutamanya mempunyai anak-anak yang masih kecil berusia tujuh dan sembilan tahun.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …