KASTAM RAMPAS SYABU BERNILAI RM1.7J DISOROK DALAM GELUNG GETAH

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa melibatkan rampasan dadah jenis Methamphetamine bernilai RM1.7 juta di sebuah gudang di Pelabuhan Klang, Selangor pada 4 September lalu.

Menurut Penolong Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah, dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, sepasukan anggota Kastam daripada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita enam buah kotak di sebuah gudang di Pelabuhan Klang.

Modus operandi sindiket ini bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan menyorokkan sebanyak 338 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah dalam 72 gelung getah berwarna kuning yang telah disimpan di celah-celah paip dalam satu gelung paip (terdapat empat bungkusan) dengan panjang satu gelung paip bersaiz 50 meter.

Dagangan ini diikrarkan sebagai paip getah tekanan tinggi. Berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, rampasan ini telah berjaya dibanteras daripada diedarkan kepada 256,800 orang penagih dadah. Menurut beliau, siasatan awal mendapati dagangan tersebut akan dieksport ke Australia menggunakan laluan laut.

Hasil risikan mendapati pengeksport menggunakan maklumat syarikat palsu di dalam dokumen eksport yang menyukarkan tangkapan dibuat ke atas suspek. Ini juga merupakan pertama kali pihak Kastam menjumpai di dalam gelung paip. Siasatan masih berjalan untuk mengesan suspek dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Berdasarkan rekod setakat ini, sebanyak 17 kali cubaan seludup dadah pelbagai jenis telah dilakukan ke Australia. Ada cubaan menggunakan pos, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan melalui Pelabuhan Klang.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …