32 BUAH KENDERAAN BERAT DI PERIKSA DALAM TINDAKAN KHAS LALUAN WAKTU TERHAD

KUALA LUMPUR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Tindakan Khas Laluan Waktu Terhad (Kenderan Berat) Siri 12 tahun 2023 sekitar Jalan Ampang dan Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada pagi Selasa, 29 Ogos 2023.
Menerusi tindakan khas dari pegawai penguatkuasa dan anggota warden trafik DBKL, sejumlah 32 buah kenderaan telah diperiksa terutamanya kenderaan berat melibatkan lori treler, lori angkut bahan serta lain-lain kenderaan yang melalui laluan khas waktu terhad bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
14 notis kompaun telah dikeluarkan semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan keatas kenderaan yang telah melakukan kesalahan ingkar larangan laluan waktu terhad, membawa bahan binaan (batu, pasir, kayu) tanpa permit laluan dan kenderaan kotor di jalan utama ke pusat bandar. Kesalahan telah diambil tindakan menerusi Seksyen 70(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Larangan Waktu Terhad) dan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997.
DBKL mengingatkan kepada mana-mana pemandu kenderaan berat agar mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa. Tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan dari masa kesemasa termasuk bekerjasama dengan agensi sahabat yang lain.
 

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …