MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA DBKL DAN UiTM

KUALA LUMPUR, Telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
    MOU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Prof Datuk Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM serta disaksikan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL dan YBrs Profesor Madya Dr. Abd Rasid bin Abd Rahman, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM.
Melalui MOU tersebut DBKL dan UiTM akan saling melakukan pertukaran maklumat dan kepakaran di dalam pendidikan, pembangunan pelajar dan institusi penyelidikan. Selain itu kedua-dua belah pihak akan berkerjasama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, khidmat masyarakat dan penganjuran simposium, persidangan, kursus pendek dan kolaborasi penyelidikan.
Turut hadir dalam majlis tersebut pengarah-pengarah jabatan DBKL dan pensyarah-pensyarah daripada UiTM.

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …