KEJUARAAN SILAT TERBUKA PIALA LEGENDA JEBAT 294 DBKL EDISI 1/2023

KUALA LUMPUR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL dengan kerjasama Pertubuhan Wong Ser Warrior 294, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia telah menganjurkan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Legenda Jebat 294 bertempat di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Kejuruaran ini akan berlangsung mulai 25 hingga 28 Ogos 2023.
Hampir 1000 orang peserta yang terdiri daripada 84 pasukan di seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan tersebut.
Antara kategori-kategori yang dipertandingkan adalah 58 kategori silat tanding individu, 4 kategori silat tanding berkumpulan dan 4 kategori silat seni yang melibatkan 4 peringkat umur iaitu Pra Dini, Dini, Remaja dan Dewasa.
Majlis pembukaan Kejuaraan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj Badrul Hisham bin Baharuddin, Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan DBKL yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.

   

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …