TINDAKAN PENGUATKUASAAN DITERUSKAN

KUALA LUMPUR, Tular baru-baru ini di media sosial mengenai tarian separa bogel di hadapan sebuah premis di Jalan Bukit Bintang. Sehubungan dengan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan satu tindakan khas di premis tersebut pada 23 Ogos 2023.
Hasil daripada siasatan dan pemantauan yang dijalankan mendapati premis tersebut mempunyai lesen komposit Kedai Runcit/Serbaneka/Pasar Mini (Barangan Kering Sahaja) bagi menjalankan aktiviti Pasaraya.
                     
KUALA LUMPUR, Walau bagaimanapun premis tersebut telah dikendalikan oleh 4 orang pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah. 2 daripadanya adalah warganegara Bangladesh dan 2 lagi merupakan warga negara Iran.
Oleh itu, DBKL telah mengeluarkan 1 notis notis kompaun kerana nenggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan 1 notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.
Premis tersebut juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana telah dikendalikan oleh bukan warganegara.
Menurut pekerja daripada premis tersebut kejadian yang tular tentang tarian separa bogel berlaku pada
5 Julai 2023 bersempena dengan sambutan ulang tahun premis tersebut.

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …