PROGRAM ZIARAH RAHMAH MADANI MKN BERSAMA YAPIEM DI KG. PULAU SUMANDI, SEMPORNA

Kg. Pulau Sumandi Semporna: 16 Ogos 2023 Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah Bersama YaPEIM telah melaksanakan program Ziarah Rahmah Madani bertujuan Mempromosi DKN 2021-2025 dan konsep Malaysia Madani kepada komuniti Kg. Pulau Sumandi.

Menyampaikan bantuan bakul makanan kepada golongan asnaf, hilang sumber pendapatan dan mangsa kebakaran.

Pendekatan serampang dua mata wajar digunakan melalui agihan pek makanan ini untuk mendidik dan mendekati penerima bantuan agar mereka memahami dan menyokong dasar kerajaan seterusnya menjadi agen penyebar maklumat kepada masyarakat. Memupuk mentaliti Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama dan semangat cintakan Negara kepada golongan sasar.

Selain penyerahan bakul makanan kepada penduduk kampung, aktiviti sukan komuniti juga turut dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukanan untuk menarik minat masyarakat kampung kepada kerjasama baik dengan kerajaan.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat. Wakil daripada komuniti tersebut berharap, program seperti ini akan terus dilaksanakan kerana program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pihak anggota kerajaan. Malahan masyarakat pulau tidak lagi merasa terpinggir dari perhatian pihak kerajaan sepertimana istilah  konsep Malaysia MADANI yang mana program bersama rakyat ini adalah ikhtiar kerajaan secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi dan sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.

#MalaysiaMadani
#SabahMajuJaya
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

 

 

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …