SESI TAKLIMAT LIBAT URUS PROJEK KLGTZHIV MENJELANG 2030

Pada 21 Ogos 2023, satu pertemuan telah berlangsung melibatkan wakil Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Dewan Syura Perdana, Aras 11 Kompleks Pusat Islam.
 
Pertemuan ini merupakan Sesi Taklimat Libat Urus Projek Kuala Lumpur Menuju Sifar HIV (KLGTZHIV) Menjelang 2030 iaitu projek yang melibatkan semua agensi di Wilayah Persekutuan. Pengarah JAWI telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keagamaan dan Moral bagi Projek Kuala Lumpur Menuju Sifar HIV (KLGTZHIV) Menjelang 2030, yang turut dianggotai oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Jawatankuasa ini akan berperanan dalam pelaksanaan program kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat berkaitan HIV/AIDS melalui agensi agama dan perpaduan (JPNIN) di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berpopulasi tinggi dalam usaha menyasarkan sifar HIV menjelang 2030.
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
SUMBER : JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut