SIDANG VIDEO OP NERACA PMB TD BERSAMA AMC

KUALA LUMPUR: Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah mengadakan Sidang Video Op NERACA bersama Appointed Military Commanders (AMC) bertempat di Bilik Gerakan, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) pada 11 Ogos 2023.
PMB TD dalam sesi sidang video tersebut telah menyampaikan beberapa amanat kepada AMC yang terlibat bagi mengatur gerak pasukan supaya bersiap siaga sekiranya terdapat sebarang ancaman di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) enam buah negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan melarang sebarang penglibatan anggota Tentera Darat dalam unsur politik.
– Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat
SUMBER : BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …