π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—žπ—π—¦π— π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—žπ—”π—‘π—”π—‘ 𝗝𝗦𝗝 π—œπ—£π—ž π—žπ—Ÿ π—žπ—˜ π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—˜π—¦π—˜π—‘π—”π—‘ π——π—•π—žπ—Ÿ

π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 23 Ogos 2023 – YDH SAC Habibi bin Hj. Majinji, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur telah membuat lawatan kerja ke Bahagian Perlesenan DBKL, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 29, Menara 1, DBKL.
Β  Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara Polis Kuala Lumpur dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta perbincangan kedua-dua belah pihak.
Turut hadir bersama YDH ACP Nasri bin Mansor, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur (Risikan / Operasi); YDH DSP Mohd Shahril bin Abu Bakar, PT D7 Polis Kuala Lumpur; YDH DSP Nuzulan bin Mohd Din, KBSJD Dang Wangi Polis Kuala Lumpur; YDH ASP Kumaresan Naidu A/L Vengho, Wakil PT D5 Polis Kuala Lumpur; YDH ASP Saifulazhar bin Abd Khodir, ASP Pencegahan Maksiat D7 Polis Kuala Lumpur dan Pegawai-pegawai Kanan Polis Kuala Lumpur.
Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YBhg. En. Naquib bin Hamdan, Timbalan Pengarah Kanan 1 Bahagian Pembangunan & Kawalan Perlesenan DBKL; YBhg. En. Yusman bin Haiti, Ketua Penolong Pengarah 1 Unit Perlesenan Premis Hiburan, Iklan, & Teknologi Maklumat DBKL, YBhg. En. Mohd Irfan bin Kamaruddin, Penolong Pengarah N41 DBKL, YBhg. En. Muhammad Asyraf bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai Tadbir DBKL dan Pegawai Bahagian Perlesenan DBKL.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …