KUNJUNGAN HORMAT OLEH WETLAND STUDIO KE IPD PUTRAJAYA

 

IPD Putrajaya, 23 Ogos 2023 – Dato Norman Abd Halim bersama En. Amir Syazwan Sharbirin dan En. Muhd Zafri Zaifuddin daripada pihak pengurusan Wetland Studio telah membuat Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Polis Daerah Putrajaya.

Kehadiran mereka telah disambut oleh YDH ACP A. Asmadi Bin Hj. Abdul Aziz, Ketua Polis Daerah bersama YDH Supt. Mohd Hafiz Bin Shamsudin, Timbalan Ketua Polis Daerah dan DSP Ana Bin Mohamed, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Daerah.

Kunjungan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara dua belah pihak terutamanya dari sudut keselamatan. Pihak pengurusan Wetland Studio turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada IPD Putrajaya di atas rondaan dan pemantauan keselamatan yang telah dilakukan.

#kunjunganhormat

#wetlandstudiosputrajaya

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

#ipdptjogos2023

 

SUMBER: IPD PUTRAJAYA https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …