PROGRAM BICARA EKSEKUTIF: DEBAT PIALA NAIB CANSELOR UiTM 2023 BERTEMAKAN “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

(Integrasi Nasional)

Pada 20 Ogos yang lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang dengan rakan strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif: Debat Piala Naib Canselor UiTM 2023 bertemakan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”. Program yang bertujuan untuk memperkasakan golongan mahasiswa dengan informasi-informasi berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 ini telah disertai oleh mahasiswa dari semua cawangan UiTM seluruh Malaysia.

Salah satu sesi yang turut berlangsung menerusi program ini adalah taklimat “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” yang telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah, Encik Mior Ahmad Shah bin Mior Shahidin, dan Encik Muhd Nurul Hasri bin Abdullah Hashim kepada mahasiswa UiTM. Sekalung penghargaan kepada MKN Negeri Kedah yang memberikan komitmen hebat dan taklimat yang sangat bermanfaat kepada mahasiswa.

Sumber : MKNPPhttps://www.facebook.com/mknpenang.msia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …