PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GELUGOR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pada 15 Ogos 2023 (Selasa), Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah mengadakan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor. Ia melibatkan peserta seramai  700 murid dan guru dari sekolah berkenaan.
Program ini diadakan bertujuan  untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi baru yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya selaras dengan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).
Antara aktiviti yang diadakan adalah demonstrasi melintas jalan raya dan pemakaian topi keledar turut dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada murid.

 

 

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …