“TUKAR BENDERA PARTI KEPADA JALUR GEMILANG” – FAHMI FADZIL

Semua pihak diseru mencabut bendera parti masing-masing dan mula mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Kemerdekaan ini.Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Pilihan Raya Negeri (PRN) telah pun berakhir dan kini adalah waktunya untuk semua masyarakat mengorak langkah kehadapan.

“Di Negeri Sembilan ini, kita baharu saja selesai proses PRN dan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam (Rabu), Perdana Menteri mengingatkan yang politik telah selesai dan marilah kita bersama sebagai sebuah negara dan maju ke depan.

“Jadi kita tukar, dulu kita angkat bendera parti dan sekarang kita angkat bendera Malaysia. Saya harap bukan saja Mydin tapi lebih ramai pihak lain bersama-bersama kibarkan Jalur Gemilang,” Menurutnya, usaha menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia bukan sahaja perlu digalas oleh kerajaan tetapi perlu dikongsi bersama dengan syarikat swasta yang berpengaruh seperti Mydin.

Tambahnya, peluang kerjasama strategik yang terjalin perlulah diteruskan pada masa akan datang dengan menerokai peluang dan pendekatan program yang lebih pelbagai.

“Pendekatan menyemarakkan sambutan kemerdekaan di kompleks beli-belah seperti ini perlu dipergiat.

“Semua pihak harus menyedari bahawa selain berkeupayaan menjentik rasa cinta akan tanah air melalui aktiviti santai yang dijalankan, peluang dan program yang dilaksanakan juga berupaya untuk menjana ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur terutamanya anak-anak kecil yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan, perlu sentiasa dipahatkan dengan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Ujarnya, semangat patriotik seperti ini akan membentuk generasi masa hadapan menjadi individu yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri agar dapat memberikan manfaat kepada bangsa, agama dan negara.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, ada berita baik buat seluruh pengamal media yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Tempoh hari kita umumkan penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej postpaid masing-masing menerusi Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini.

“Jadi, Insya-ALLAH sikit masa lagi, kita ada pengumuman untuk rakan-rakan media,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut