PERAK ANJUR SEMINAR “PENGENALAN KEPADA CHAT GPT DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)”

IPOH, 15 OGOS 2023 – Satu sesi Seminar “Pengenalan kepada Chat GPT dan Artificial Intelligence (AI)” anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah diadakan bertempat di Hub Inovasi dan Multimedia, Mydin Mall, Meru Raya, Ipoh. Program ini telah dihadiri oleh jemputan daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Geraksaraf Perangsaraf Negeri (JGSPSN) Perak serta warga kerja MKN Negeri Perak.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Khairul Ridzuan bin Haji Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri Perak dan seterusnya sesi taklimat Pengenalan Chat GPT dan AI oleh Encik Luqman bin Subki, Penolong Pengarah , Seksyen Komunikasi Media (CYFORCE), Bahagian Geraksaraf Perangsaraf (BGSPS), Majlis Keselamatan Negara, Putrajaya.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta panduan asas kepada para peserta berkenaan penggunaan aplikasi Chat GPT dan AI bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan. Sesi latihan turut dilaksanakan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada para peserta berkenaan penggunaan aplikasi ini. KLIK SINI

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …