PROGRAM LANGKAH KASIH MERDEKA KPWKM @ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL

PUTRAJAYA, Program Langkah KASIH Merdeka KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual telah diadakan pada 8 Ogos 2023 dan merupakan antara program bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat KPWKM.
Program dimulakan dengan acara pelepasan Flag Off Fun Walk yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama YB Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri KPWKM dan YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM. Seramai 500 orang peserta terdiri daripada warga KPWKM serta kumpulan sasar Kementerian telah menyertai Fun Walk ini sebagai tanda solidariti dan kebersamaan dalam menangani isu gangguan seksual selain memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap individu.
KPWKM mengalu-alukan kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak dalam memberi kesedaran kepada masyarakat agar gangguan seksual tidak dinormalisasikan dan usaha ini adalah selaras dengan gagasan Malaysia Madani untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang selamat dan kondusif demi Kesejahteraan bersama.
Hentikan Gangguan Seksual!
SUMBER :  Jabatan Pembangunan Wanita – JPW https://www.facebook.com/JPWanita

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …