DBKL MENGAMBIL TINDAKAN SITAAN & KOMPAUN KE ATAS PREMIS-PREMIS YANG MELANGGAR SYARAT LESEN

Kuala Lumpur, – Bangsar, Sabtu 12 Ogos 2023 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Jabatan Penguatkuasaan lagi sekali telah mengadakan Operasi Tindakan Khas terhadap premis yang melanggar syarat lesen di Jalan Talawi 5, Bangsar Kuala Lumpur.

Hasil risikan awal mendapati premis-premis yang dilesenkan restoran / kedai makan telah melanggar syarat lesen dengan membuat aktiviti hiburan (muzik / live DJ / tari menari) tanpa lesen sehingga menimbulkan kacau ganggu awam bunyi bising kepada kawasan kediaman disekitarnya.

Pihak DBKL menasihati pemilik-pemilik premis / lesen supaya mematuhi syarat-syarat lesen. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat lesen, tindakan berlandaskan undang-undang sedia ada secara tegas dan konsisten akan diambil oleh DBKL.

#KLBandarUntukSemua

#bandarmampanbandarsejahtera

#TegasSetia

SUMBER : DBKL https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …