LAWATAN TAPAK & SESI INTERVENSI KE PROJEK RTB SUNGAI BUNUS, W.P. KUALA LUMPUR – MENYIAPKAN BAKI KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN KOLAM TAKUNGAN BANJIR SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PULAPOL KUALA LUMPUR

 KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama Pegawai Penguasa Projek Pengarah JPS WP KL, Wakil P.P, Wakil PP Pakar, Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, Perunding Azman, Ooi dan Roa dan pihak kontraktor Permata Iltizam Sdn. Bhd. telah menghadiri lawatan tapak menyiapkan baki kerja membina dan menyiapkan kolam takungan banjir serta kerja-kerja berkaitan di Pulapol, Kuala Lumpur

Projek ini telah mengalami kelewatan ketara disebabkan oleh prestasi kerja yang amat rendah yang mengganggu kemajuan kerja. Projek ini juga telah bertukar ganti Sub Kontraktor Utama iaitu Syarikat Permata Iltizam selaku kontraktor penyelamat. Kontraktor ini seharusnya berupaya menyelesaikan isu-isu ini tanpa menjejaskan prestasi pelaksanaan projek.

Saya memandang serius isu kelewatan projek ini dan bersedia untuk mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya dan selaras dengan syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak.

#jayakanperkhidmatansempurna

SUMBER : JPS WP KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/JPSWPKL

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …