KPDN RAMPAS 9,000 LITER DIESEL BERSUBSIDI DI SEREMBAN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 9,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM19,350 dipercayai diseleweng dalam serbuan Op Tiris di Taman Seremban Jaya pada malam Isnin.

Menurut Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan, nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM71,150 termasuk merampas empat lori dan19 unit tong intermediate bulk containers (IBC) pada 10 malam tadi.

Seramai 12 orang anggota terlibat, serbuan dilakukan hasil risikan dua minggu oleh pasukan serta maklumat daripada orang awam yang mencurigai kegiatan lori di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan menyeluruh semasa serbuan mendapati, terdapat tangki IBC yang berisi diesel di dalam kesemua lori dipercayai sedang menunggu giliran pemindahan minyak ke sebuah lori tangki yang turut berada di lokasi. Beliau berkata, namun pemindahan tersebut tidak dilakukan kerana pihak sindiket dipercayai dapat menghidu kehadiran anggota penguat kuasa di lokasi tersebut.

Empat kertas siasatan dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat terlibat.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …