BEKAS KERANI DIDENDA RM5,000, TIPU CARUMAN KWSP

Seorang bekas kerani dijatuhi hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang warga emas berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir 10 tahun lepas.

Tertuduh, Tan Fwi See, 48, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara 12 bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah memperdayakan seorang wanita warga emas untuk mempercayai bahawa tertuduh akan mencarum wang sebanyak RM20,000 ke dalam akaun KWSP milik wanita itu yang mana tertuduh mengetahui ia tidak benar. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah perumahan di Tampin pada bulan September 2013.

Oleh demikian tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan masih menanggung anaknya yang masih bersekolah selain anaknya itu mengalami penyakit jantung dan kencing manis.

Mengikut fakta kes, pada September 2013, tertuduh telah mencadangkan kepada warga emas itu untuk mencarum wang simpan di dalam KWSP untuk warga emas kerana akan memberikan pulangan faedah yang tinggi selain memberi perlindungan insurans ke atas warga emas berkenaan.Warga emas berkenaan bersetuju dan menyerahkan wang secara tunai di rumah tertuduh.

Pada 12 Jun 2020, warga emas itu telah ke pejabat KWSP di Alor Gajah, Melaka dan memeriksa akaun serta dimaklumkan pegawai KWSP pada 11 September 2013, wang yang dimasukkan adalah sebanyak RM5,000, manakala pada 12 September 2013 adalah sebanyak RM2,000.Warga emas berkenaan telah diperdaya dalam urusan caruman KWSP dan mengalami kerugian RM13,000.Hasil siasatan mendapati, tertuduh telah memasukkan duit sebanyak RM7,000 ke dalam akaun KWSP milik warga emas berkenaan secara berperingkat tidak selari dengan keterangan tertuduh.

Tertuduh telah memberikan resit palsu kepada warga emas tersebut serta gagal memberikan penjelasan yang munasabah berkenaan kemasukan wang secara berperingkat ke dalam akaun KWSP warga emas berkenaan

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …