POLIS LUPUS BARANG RAMPASAN RM6.25 JUTA

Polis Negeri Sembilan melupuskan barang rampasan bernilai RM6.25 juta membabitkan jenayah kontraban dan bitcon bagi tempoh 2018 hingga 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini pada Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, ia melibatkan rokok, arak tanpa cukai dan mesin bitcoin yang membabitkan 37 kertas siasatan.Siasatan dibuat bawah Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Kesemua kes tersebut telah selesai perbicaraan dan menerima arahan daripada mahkamah dan Timbalan Pendakwa Raya untuk dilupuskan.Menurutnya, semua barang kes itu dirampas hasil daripada 19 operasi kontraban dan 18 operasi bitcoin membabitkan 38 tangkapan.Dengan pelupusan barang terbabit, ia dapat menjimatkan ruang penyimpanan di stor barang kes.

Pelupusan barang kes bagi jenayah kontraban ialah 340,003 peket rokok, 1,008 tin arak, 281 botol arak yang dianggarkan berjumlah RM3.75 juta.Pelupusan barang kes bitcoin pula ialah 1,252 buah mesin bitcoin, 12 set komputer, 68 unit modem yang dianggarkan berjumlah RM2.5 juta.

Polis juga katanya akan mengambil tindakan drastik untuk menyelesaikan kertas siasatan membabitkan barang kes dari masa ke masa sekali gus mengelakkan lambakan barang kes di stor barang kes di setiap daerah.

Pihaknya akan terus mengambil langkah-langkah proaktif dan efektif dalam usaha membanteras kegiatan tersebut dan tidak akan bertolak ansur serta berkompromi ke atas aktiviti terbabit dengan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya. Ia termasuklah kepada mana-mana pegawai atau anggota yang bersengkongkol melindungi aktiviti haram terbabit.

Pihaknya menyeru masyarakat terus prihatin dan sentiasa tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis supaya dapat membantu menghapuskan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut