PROGRAM CBSM KESEJAHTERAAN KOMUNITI MALAYSIA MADANI

Pada 18 Julai 2023 (Selasa) telah diadakan satu Program Community Based Security Management yang bertempat di Kompleks Paya Lasir, Kijal yang disertai hampir 70 orang peserta.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kaedah bantu mula dan rawatan cemas yang dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kemaman. Para peserta semuanya menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti tersebut yang boleh membantu sekiranya mereka menghadapi situasi kecemasan.

Slot seterusnya adalah taklimat keselamatan dan isu semasa oleh wakil MKN Terengganu. Pelbagai jenis ancaman/isu semasa telah dikupas berdasarkan Nilai Teras Keselamatan Negara dalam memberi pendedahan kepada peserta mengenai tanggungjawab rakyat kepada Kerajaan dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus kekal terpelihara.

Majlis telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari, di mana perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil MKN Terengganu. Di akhir program, para peserta turut dibekalkan sumbangan bakul makanan bagi meringankan beban kehidupan mereka.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …