JPJ PULAU PINANG: OPS MUATAN LEBIH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan pada 18 Julai 2023. Tumpuan utama lokasi penguatkuasaan di laluan utama lebuhraya Plus, jalan persekutuan dan negeri serta kawasan kuari.
Penguatkuasaan ini diadakan bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010.
Sepanjang Penguatkuasaan yang diadakan pada minggu ini, sebanyak 11 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959.
Penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang terutama membawa muatan melebihi had dibenarkan akan terus dilaksanakan secara telus dan berterusan bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut