JPJ PULAU PINANG: OPS KESALAHAN TEKNIKAL KENDERAAN BARANGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Ops Khas pelbagai kesalahan teknikal kenderaan perdagangan di sekitar Daerah Sebarang Perai, Pulau Pinang.
Penguatkuasaan ini adalah bertujuan memastikan semua kenderaan perdagangan mematuhi peraturan serta kaedah-kaedah pembinaan dan penggunaan 1959, serta selamat digunakan di jalan raya.
Diantara kesalahan dikesan sepanjang ops ini diadakan ialah mengguna tayar celup tanpa patuhi standard piawaian dibenarkan serta tayar haus berlebihan , penggunaan cermin gelap tanpa mematuhi spesifikasi dibenarkan , ubahsuai dengan menambah side board, pasang strobe light, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, gagal selenggara kenderaan dengan baik dan lain-lain kesalahan teknikal.
Penguatkuasaan ini akan diadakan secara berterusan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan barangan tidak mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut