3M IPTA @ UITM PERAK KAMPUS TAPAH: MAHASISWA TONGGAK KEPIMPINAN MASA HADAPAN

TAPAH, 13 April 2023 – Universiti Teknokogi MARA (UiTM) Perak Kampus Tapah telah terpilih sebagai lokasi pertama Program 3M IPTA: Mahasiswa Tonggak Kepimpinan Masa Hadapan.

Teras dan objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyelami isi hati mahasiswa serta mendapatkan cadangan serta pandangan mahasiswa dalam mencorakkan peribadi sebagai pemimpin masa hadapan.

Sesi taklimat serta penerangan yang santai berhubung fungsi dan peranan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak serta perkongsian yang lebih terus telah disampaikan oleh Encik Khairul Amir Jamal, Penolong Pengarah Geraksaraf Perangsaraf (GSPS), MKN Perak.

Turut hadir YBrs Prof. Sr. Dr. Mohd Azian Zaidi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar serta kakitangan UiTM Tapah beserta hampir 150 orang mahasiswa.

Semoga pendekatan sebegini dapat sedikit sebanyak memberi idea dan perspektif yang lebih jelas dalam memastikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan adalah peranan daripada segenap lapisan masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …