PRN: LEBIH 300 SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN JADI PUSAT MENGUNDI

SEREMBAN – Sebanyak 334 sekolah di Negeri Sembilan akan dijadikan sebagai pusat mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata, pihaknya juga memberi kelulusan untuk pejabat-pejabat pendidikan daerah (PPD) sebagai pusat penamaan calon. Ia melibatkan lima PPD dan beberapa pegawai pendidikan turut menjadi ketua pusat mengundi dan pegawai pengurus bagi pilihan raya ini.

Selain itu, lebih 200 kakitangan pendidikan terlibat dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula dengan hari penamaan calon sehingga hari mengundi.

Dalam pada itu, Roslan berkata, pihaknya akan bekerjasama penuh dengan SPR sebagaimana yang dilakukan sebelum ini untuk kelancaran PRN.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua sekolah di enam negeri yang bakal dijadikan pusat mengundi pada PRN kini dalam keadaan siap sedia.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …