HARI WARISAN DUNIA GEORGE TOWN: PULAU PINANG CADANG PROJEK PEMULIHARAAN SEJARAH BERNILAI RM 41 JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3:  KESEPADUAN NASIONAL (Kepentingan Negeri)

Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan tujuh kategori projek pemuliharaan warisan kepada Jabatan Warisan Negara untuk dijalankan di negeri ini. Hal ini dikongsikan oleh Ketua Menteri caretaker ketika sambutan Hari Warisan Dunia George Town, 7 Julai 2023 yang lalu. Projek yang diusulkan tersebut terdiri daripada beberapa kategori (warisan ketara dan tidak ketara).

7 Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum di Pulau Pinang bersempena dengan pengisytiharaan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebagai tambahan ucapan tahniah turut diucapkan kepada George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) yang berjaya menerajui sambutan Hari Warisan Dunia George Town dengan jayanya. Sambutan sebegini adalah selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara yang ke-3, Kesepaduan Nasional yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021-2025. Semoga Negeri Kita terus kekal aman dan sejahtera.

Sumber gambar dan artikel:

Buletin Mutiara

GTWHI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …