𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗨, 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜

𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜, 𝟱 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯 – Penglibatan seramai 180 orang pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Kampong Layau, Kota Tinggi serta masyarakat Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi dalam Program Keselamatan Komuniti Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor. Program telah dirasmikan oleh Puan Noraini binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Encik Azhar bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Layau, Encik Mohd Pahlawi bin Bachok, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Dr. Amirul Fadzli Azizie bin Anuar, Jabatan Pergigian Daerah Kota Tinggi, Tuan Tahrin bin Saat, Timbalan Penguasa II Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tinggi dan Encik Suhairi bin Suhaimi, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor.
Program ini merupakan anjuran MKN Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Jabatan Pergigian Daerah Kota Tinggi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tinggi serta Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Johor.
Tujuan utama program ini adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar SK Kampong Layau berkenaan taklimat penjagaan kesihatan gigi dan taklimat kepada komuniti setempat berkenaan keselamatan kebakaran.
Pengisian program ini turut diselitkan dengan aktiviti membuat model gigi di kalangan pelajar Tahap 1, kuiz penjagaan kesihatan gigi bagi pelajar Tahap 2 serta demo kebakaran dan cara memadam api yang betul jika berlaku kecemasan di rumah. Kehadiran Maskot Dr Bear dan Maskot Tupai EDIE (Early Detection In Emergency) turut menceriakan suasana dan menjadi tarikan utama di kalangan para pelajar.
Pengisian program ini juga turut diselitkan dengan Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di bawah Program iSuri dan iRapi kepada Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Layau oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Tinggi.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat di atas penganjuran program ini.
May be an image of 2 people, dais and text
May be an image of 4 people, people performing martial arts and text
May be an image of 1 person, speaker, dais and text
May be an image of 2 people and text
May be an image of 11 people, clarinet and text
May be an image of 1 person and text
May be an image of 4 people and text

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut