PROGRAM JELAJAH RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Jelajah Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 di Komplek Belia dan Sukan Negeri Sembilan pada 8 Julai 2023 yang lalu.

Program ini adalah satu initiatif bagi memperkenalkan Nafas Baharu Rakan Muda yang melibatkan 10 rakan iaitu Rakan Aktif, Rakan Muzik, Rakan Prihatin, Rakan Mahir, Rakan Litar, Rakan Niaga, Rakan Eksperesi, Rakan Digital, Rakan Bumi dan Rakan Demokrasi.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antaranya; Stacking Game, Futsal, Netball Shootout, PS 5, Aerobicthon, Kursus Potongan Rambut, Kursus Decoupage dan Silambam Show. Program telah diaempurkan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Turut hadir YBhg. Dato ‘Haji Mohamad Taufek bin Abd. Ghani, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta wakil-wakil dari agensi.

Semoga Nafas Baharu Rakan muda akan disebar luas melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

sumber: Facebook JBS Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …