PENGGUNA MEDIA SOSIAL PERLU WASPADA SAMPAI MAKLUMAT MENGENAI OPR

SEREMBAN: Kementerian Komunikasi dan Digital mengingatkan supaya pengguna media sosial agar berhati-hati dalam menyampai maklumat yang tidak sahih termasuk mengenai kadar dasar semalaman (OPR).

Menurut Menterinya, Fahmi Fadzi, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada Ogos nanti, akan ada pengguna dan pemain media sosial yang mengambil kesempatan untuk mengadu domba, menanam bibit perpecahan selain mengapi-apikan sentimen.

Beliau menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dalam menyampai dan menerima maklumat berita, kita perlu sahkan dulu maklumat yang diterima sahih atau tidak atau telah diumumkan, headline juga ada yang salah tafsir atau disalah tulis.

Beliau juga telah meminta agar Persatuan Bank-bank Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia memberikan penjelasan sekiranya ada rakyat yang menghadapi masalah dengan isu akibat daripada peningkatan OPR.

Rakyat boleh berhubung dengan pihak bank dan berbincang disebabkan kita baharu keluar dari pandemik Covid-19 dan beliau percaya pihak bank juga faham dalam tempoh moratorium pasca pandemik memang masih ramai masih terkesan dengan keadaan ekonomi.

Keputusan mengekalkan OPR oleh Bank Negara Malaysia hari ini adalah keputusan yang dibuat secara bebas tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.  Bank Negara memutuskan keputusan itu berdasarkan kepada faktor pertumbuhan ekonomi yang baik, kadar inflasi yang rendah, jumlah guna tenaga kerja yang hampir penuh di negara serta negara keadaan berdaya saing yang sangat tinggi.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

HATI-HATI! JANGAN KONGSI BAKI AKAUN KWSP ANDA KEPADA UMUM

Hati-hati! Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum. Scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer! #KWSP …
Maklumat Lanjut

MONSUN BARAT DAYA DIJANGKA BERMULA 17 MEI 2024, BERTERUSAN HINGGA SEPTEMBER 2024

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di …
Maklumat Lanjut

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BILA TERJEBAK DALAM SKIM CEPAT KAYA

Langkah-langkah yang perlu dilakukan bila terjebak dalam skim cepat kaya adalah seperti berikut: 1. Keluar dari skim 2. Serahkan bukti …
Maklumat Lanjut