AMALAN REWANG DALAM MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3 : KESEPADUAN NASIONAL (PERPADUAN MASYARAKAT)

Rewang berasal dari perkataan jawa yang membawa maksud gotong royong dalam menguruskan kenduri besar seperti majlis perkahwinan. Amalan ini memang telah dilakukan oleh orang melayu sejak zaman berzaman. Masyarakat veteran atau orang lama khususnya amat suka dan percaya dengan amalan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan akan menambah kemeriahan dalam sesuatu majlis. Bagi kawasan kampung dan felda terutamanya amalan ini masih menjadi satu kemestian jika dibandingkan di kawasan bandar yang menghadapi kesukaran untuk mengumpulkan sukarelawan bagi aktiviti merewang. Merewang biasanya dilakukan beberapa hari sebelum majlis berlangsung dan biasanya melibatkan jiran-jiran serta saudara-mara terdekat.

Antara kelebihan merewang ialah aktiviti ini dapat mewujudkan sikap tolong-menolong. Sesetengah masyarakat berangapan bahawa mereka tidak perlu saling tolong menolong dan hanya mementingan kehidupan sendiri. Namun, perasaan ini dapat disangkal apabila bertemu dengan jiran setempat dan saling mengenali antara satusama lain dan meningkatkan rasa ingin bantu-membantu. Selain itu, Oleh itu aktiviti rewang dapat mendidik masyarakat supaya tidak pentingkan diri sendiri melalui kerjasama yang baik dalam melaksanakan sesuatu perkara terutamanya dalam memastikan keberjayaan sesuatu majlis.

Akhir sekali,kepentingan amalan rewang dalam majlis-majlis perkahwinan dikalangan masyarakat melayu ialah aktiviti rewang dapat memberi pengalaman kepada tuanrumah serta pengalaman tersebut dapat dikongsi dengan orang lain tentang cara menguruskan majlis perkahwinan. Hal ini kerana perkongsian pengalaman daripada orang lain dapatmemudahkan kita menguruskan sesuatu majlis perkahwianan melalui perkongsian tersebutdengan orang lain serta perkongsian tersebut boleh dijadikan sebagai satu ilmu juga dalambidang pengurusan dimana kita pelajari cara-cara menguruskan sesuatu majlis secara sistematik dan dapat mengelakkan berlakunya halangan yang boleh menyebabkan sesuatu majlis tersebuttidak dapat diteruskan.

Kesimpulannya, amalan rewang amat penting dalam masyarakat melayu kerana ia dapat mewujudkan sikap kerjasama antara satu sama lain. Walaupun terdapat pelbagai jenis perkhidmatan katering yang dijalankan tapi amalan rewang masih lagi wujud dek kerana ia adalah satu adat masyarakat melayu yang sudah turun temurun diamalkan sehingga kini. Amalan rewang ini juga mempunyai banyak nilai-nilai murni serta dapat memupuk sikap-sikap yang positif yang membolehkan sesebuah masyarakat melayu dapat hidup dengan harmoni, tenteram aman dan damai.

Rujukan:

  1. http://journalarticle.ukm.my/12535/1/20272-57853-1-PB.pdf
  2. https://www.sinarharian.com.my/article/243311/suara-sinar/pojok/budaya-katering-malapkan-tradisi-rewang-kenduri-kahwin
  3. https://www.alongmurni.com/2022/11/Penganjuran-Program-Kita-Rewang-Sekampung-Di-Selangor-Dapat-Sambutan-Masyarakat.html
  4. https://faisalhjrahim.blogspot.com/2019/01/rewang-kenduri-kahwin.html

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …