COVID-19 – PERAK KINI CATAT SIFAR PESAKIT

IPOH, 30 April 2020 – Kesemua pesakit yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di negeri Perak telah dibenarkan pulang dan menjadikan Perak negeri sifar pesakit Covid-19 selepas Perlis, Kelantan dan Kedah. Perak bagaimanapun mencatatkan keseluruhan 253 kes jangkitan positif namun enam daripada pesakit telah meninggal dunia yang menjadikan jumlah yang pulih dan dibenarkan pulang seramai 247 orang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Ding Lay Ming hari ini. Beliau memaklumkan berita gembira itu kepada pihak media di Pejabat Menteri Besar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan barangan untuk keperluan petugas barisan hadapan dan sumbangan kewangan untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak bagi membantu rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19. Menurut laporan difahamkan, pesakit terakhir iaitu seorang lelaki, telah dibenarkan pulang daripada Hospital Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 29 April 2020.

Walaubagaimanpun, Ahmad Faizal tetap mengingatkan rakyat di negeri ini untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun banyak daerah di Perak telah diklasifikasikan sebagai Zon Hijau. Beliau turut menasihati  rakyat Perak untuk keluar bila perlu sahaja dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial  serta membersihkan tangan dengan betul.

 

Sumber berita : Perak Today

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …