CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN 625 LITER PETROL BERJAYA DIGAGALKAN

 

TANAH MERAH 12 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Tumpat pada hari ini telah menjalankan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan disini pada semalam.
Pemeriksaan pada jam 9.15 pagi semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan yang disyaki mengandungi anggaran 625 liter minyak petrol ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah di Kg. Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.
Terdahulu pasukan risikan telah mengesan kenderaan tersebut yang disyaki membawa muatan minyak petrol ditinggalkan saspek.
Tindakan kes dihasilkan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 7281.45 disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …